suria

Seorang Lelaki Ditahan Lakukan Ancaman Dalam Penerbangan Qantas

SYDNEY: Seorang lelaki Australia telah ditahan dengan diikat menggunakan kabel sebelum berjalan keluar dari pesawat diiringi pihak polis selepas menunjukkan tingkah laku untuk mengancam penerbangan Qantas dari Perth ke Melbourne pada Khamis, kata syarikat penerbangan itu.

Lelaki itu diikat selepas "mengganggu dan mengancam" penerbangan dari pantai barat, menurut jurucakap Qantas.

Seorang penumpang dalam penerbangan berkata dia dan penumpang lain terpaksa melompat untuk mendapatkan bantuan kakitangan dalam penerbangan.

"Kira-kira empat atau lima daripada kami melompat dan terpaksa menjatuhkannya serta mengikat kedua-dua tangan dengan kabel dan meletakkannya di belakang," penumpang memberitahu radio komersial, sambil menambah lelaki terbabit telah mengugut kakitangan dan juruterbang.

Seorang jurucakap polis memberitahu AFP bahawa pegawai telah bersedia menaiki Boeing 737 apabila ia mendarat di Melbourne sekitar pukul 6.00 pagi waktu tempatan selepas menerima panggilan bantuan dari syarikat penerbangan itu.

"Penumpang lelaki itu, yang telah ditahan sebelum ketibaan (polis), dikawal dalam pesawat dan kemudiannya diiringi dari pesawat untuk diserahkan kepada polis," katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya, tanpa mengulas lebih lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain