Pegawai Polis Di Jepun Ditahan Jilat Rambut Wanita - Dunia | mStar

Pegawai Polis Di Jepun Ditahan Jilat Rambut Wanita

TOKYO: Seorang pegawai polis di Jepun telah ditangkap kerana menjilat rambut seorang wanita di sebuah restoran, kata polis, Khamis.

Rakan-rakan pegawai menahan pakar forensik, Tatsuya Ichikawa, 50, di restoran makanan segera selepas dia dilihat menjilat rambut ikal seorang wanita berusia 25 tahun tanpa rasa curiga di wilayah Shizuoka, di tengah Jepun.

"Saya mahu menjilat, jadi saya lakukannya," Ichikawa memberitahu polis, menurut laporan media.

Seorang jurucakap polis di Shizuoka mengesahkan penangkapan Ichikawa, sambil menambah bahawa beliau sedang bercuti sakit pada masa itu dan bukan pakar dalam menganalisis rambut manusia.

Artikel Berikut

Pemain Flut 'Men at Work' Ditemui Mati

Artikel Berkaitan

Artikel Lain