suria

Nokia Dedah Kerugian Luar Jangkaan, Tetapi Saham Naik

HELSINKI: Peneraju dalam pembuatan telefon bimbit dunia, Nokia dari Finland, melaporkan kerugian bersih bagi suku tahunannya, jauh lebih buruk daripada yang dijangka pada Khamis.

Nokia telah mengeluarkan amaran berhubung keuntungan pada minggu lepas, tetapi kerugian bersih sebanyak 929 juta euro dilaporkan pada suku pertama tahun ini yang tersasar jauh daripada kerugian 554 juta euro, yang dijangkakan berdasarkan tinjauan para penganalisis dari Dow Jones Newswires.

Jualan menyusut 30 peratus berbanding 7.354 bilion euro pada tempoh setahun sebelumnya, dan angka itu adalah sejajar dengan jangkaan penganalisis.

Sejurus selepas pengumuman mengenai prestasi kewangan itu, harga saham Nokia menunjukkan keuntungan 1.0 peratus dalam pasaran Helsinki secara keseluruhan yang meningkat 1.7 peratus. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain