Nelayan China Dipenjara 30 Tahun Bunuh Pengawal Pantai Korea Selatan - Dunia | mStar

Nelayan China Dipenjara 30 Tahun Bunuh Pengawal Pantai Korea Selatan

SEOUL: Seorang nelayan dari China, pada Khamis, dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun kerana membunuh pegawai pengawal pantai Korea Selatan semasa operasi untuk menghentikan penangkapan ikan secara haram, kata pihak berkuasa mahkamah.

Cheng Dawei, nelayan berusia 43 tahun juga didenda 20 juta won ($17,500) oleh mahkamah di bandar pelabuhan barat Incheon.

Nelayan ini menikam seorang pegawai dengan pisau dan mencederakan seorang yang lain pada 12 Disember selepas mereka masuk ke dalam botnya yang memasuki zon ekonomi eksklusif Korea Selatan di Laut Kuning.

Ini adalah kali kedua pengawal pantai Korea Selatan mati di tangan nelayan China dalam tempoh kurang daripada empat tahun dan insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai.

Seoul menggesa Beijing mengambil tindakan lebih tegas terhadap nelayan haram dan pengamal undang-undang menggesa hukuman yang lebih berat.

Pendakwa telah menuntut hukuman mati terhadap Cheng.

"Salah seorang anggota pengawal pantai telah terbunuh dan yang lain cedera serius adalah mengejutkan dan memberikan kesusahan bukan sahaja kepada saudara-mara mereka tetapi rakyat Korea secara keseluruhannya," kata mahkamah dalam penghakiman.

"Hukuman lebih tegas tidak dapat dielakkan untuk mengelakkan kejadian sama berulang."

Hakim berkata Cheng menyesal atas tindakan dan membayar pampasan kepada saudara-mara mangsa "tetapi dia mesti memikul tanggungjawab yang berat atas kesalahan membunuh seorang pegawai dan memberi kecederaan serius kepada yang lain".

Sembilan lagi anak kapal dihukum penjara antara 18 bulan hingga lima tahun kerana menghalang serbuan pengawal pantai, hukuman tambahan denda antara 10 hingga 20 juta won.

Korea Selatan mengumumkan rancangan untuk membelanjakan 932,4 bilion won antara 2012 dan 2015 bagi memperbaiki pasukan penguatkuasa dari segi alat kelengkapan sebagai sebahagian daripada tindakan keras untuk menangani isu seperti ini.

Mereka telah merampas sebanyak 475 bot tahun lepas berbanding 370 pada tahun 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain