suria

Objek Mencurigakan Dalam Pesawat, Delta Air Buat Pendaratan Kecemasan

DUBLIN: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan yang berpangkalan di New York, Delta Air Lines membuat pendaratan kecemasan di Dublin kerana dilaporkan terdapat objek yang mencurigakan dalam pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang dan polis berkata ia hanyalah penggera palsu.

Jurucakap pihak penerbangan Ireland, Lilian Cassin berkata juruterbang meminta untuk membuat pendaratan kecemasan selepas 'mendapati terdapat peranti yang mencurigakan dalam pesawat.'

Pihak polis Ireland telah mengarahkan pegawainya mencari peranti tersebut di dalam pesawat bagaiamanapun tiada apa yang ditemui.

Dalam pada itu, jurucakap Delta Air Lines, Anthony Black berkata pesawat Boeing 767 dalam perjalanan dari Istanbul, Turki menuju ke Lapangan Terbang Kennedy dengan membawa 208 penumpang dan 11 anak kapal.

Menurutnya, pesawat tersebut berhenti untuk mengisi minyak sebelum menuruskan perjalanannya.-AP

Artikel Lain