suria

Hiasan Tembaga Waris Perempuan Pelombong Bernilai $21 Juta Dalam Lelongan

NEW YORK: Perhiasan Cartier dan Tiffany milik waris perempuan ahli perlombongan tembaga Amerika Syarikat (AS) telah dijual dengan harga hampir $21 juta dalam satu lelongan di New York City.

Christie berkata jualan harta pusaka Huguette Clark pada Selasa menarik perhatian para pengumpul di seluruh dunia.

Koleksi paling menyerlah, cincin berlian 9 karat berwarna merah jambu yang jarang-jarang ditemui dijual dengan harga hampir $16 juta.

Rumah lelongan ini telah menganggarkan kutipan daripada 17 koleksi memberi nilai antara $9 juta dan $12 juta.

Clark yang suka memencilkan diri berusia 104 tahun ketika dia meninggal dunia tahun lepas.

Bapanya adalah US Senator William A. Clark, merupakan bekas Senator AS dan antara lelaki terkaya Amerika, yang membina kekayaan dari perlombongan tembaga dan pembinaan landasan keretapi.

Artikel Lain