suria

Skandal Rasuah: Menteri Pengangkutan Bangladesh Letak Jawatan

DHAKA: Menteri Pengangkutan Bangladesh meletak jawatan pada Isnin selepas didakwa terlibat dengan skandal rasuah apabila menemui wang tunai sebanyak 7 juta Taka (RM264,000) yang dimiliki oleh dua pegawai dan setiausahanya.

Bagaimanapun, Suranjit Sengupta menafikan peletakan jawatan itu berpunca daripada kes salah laku rasuah tetapi menyatakan perletakan tersebut adalah kerana menyokong demokrasi.

“Saya mengundur diri walaupun saya tidak terlibat dengan kes itu,” katanya pada satu sidang media. – AFP