suria

Perpustakaan British Beli Injil Purba Berharga $14.3 Juta

LONDON: Perpustakaan British telah membayar sebanyak 9 juta pound (AS$14.3 juta) untuk memperoleh kitab purba Injil St Cuthbert, yang mempunyai kehebatan luar biasa dan terpelihara sejak abad ketujuh Britain yang digambarkan oleh perpustakaan sebagai buku Eropah tertua yang masih bertahan sepenuhnya.

Buku bersaiz tapak tangan, salinan manuskrip kitab Injil John dalam bahasa Latin, telah dibeli dari cawangan British Society of Jesus (Jesuit), menurut kenyataan perpustakaan tersebut, Selasa.

Buku tersebut berukuran 96mm (3.8 inci) dan 136mm (5.4 inci) dan bahagian luarnya diperbuat daripada kulit berwarna merah sebagai perlindungan.

Ia didapati pada zaman St Cuthbert yang meninggal dunia pada 687, dan telah ditemui dalam keranda apabila ia dibuka pada 1104 di Durham Cathedral.

Perpustakaan British berkata artifak itu merupakan salah satu buku yang paling penting di dunia.

"Melihat khazanah kecil dan cantik ini dan juga untuk melihat dengan tepat hasil orang-orang yang menciptanya dalam abad ketujuh," kata ketua eksekutif perpustakaan, Lynne Brindley.

"Penjilidan yang indah, muka surat, malah struktur jahitan yang masih bertahan, menunjukkan sumbangan langsung nenek moyang kita sejak 1,300 tahun yang lalu," tambah beliau.

Keranda Cuthbert tiba di Durham selepas sami telah mengalihkannya dari pulau Lindisfarne, 330 batu (530 kilometer) ke utara London, untuk melindunginya daripada serangan pada abad ke-9 dan 10.

Buku ini akan dipamerkan di Perpustakaan British di London dan kemudian di Durham, timur laut England, tahun depan.

Artikel Lain