suria

Novelis Wanita, Patchett, Ozick Tersenarai Dalam "Britain's Orange Prize"

LONDON: Tiga novelis Amerika adalah antara enam finalis yang tersenarai dalam "Britain's Orange Prize" untuk novel fiksyen yang ditulis oleh wanita.

Penganjur, pada Selasa mengumumkan satu senarai pendek termasuklah karya Cynthia Ozick "Foreign Bodies", Ann Patchett "State of Wonder" dan Madeline Miller "The Song of Achilles".

Patchett memenangi hadiah pada tahun 2002 untuk karyanya "Bel Canto."

Turut tersenarai, "The Forgotten Waltz" oleh penulis Ireland Anne Enright, "Painter of Silence" oleh penulis British Georgina Harding dan "Half Blood Blues" finalis "Booker Prize" oleh Esi Edugyan dari Kanada.

Penulis, Joanna Trollope, yang mempengerusikan panel pengadil, berkata "yang tersenarai mempunyai kualiti luar biasa dan pelbagai."

Hadiah sebanyak 30,000 paun (AS$48,000) terbuka kepada mana-mana novel yang dihasilkan oleh penulis wanita yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Pemenang akan diumumkan pada 30 Mei.

Artikel Lain