suria

Gempa Bumi Kuat Gegar Bahagian Timur Papua New Guinea

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan bahagian timur Papua New Guinea pada 3.13 petang Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 124km timur laut Lae, Papua New Guinea dan 3,375km tenggara Semporna, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. -BERNAMA

Artikel Lain