suria

Rakyat Timor Timur Undi Pilih Presiden Baru

DILI: Rakyat Timor Timur hari ini mengundi bagi memilih presiden baru pada ketika negara itu bakal meraikan ulang tahun pertama kemerdekaan dan selamat tinggal kepada angkatan tentera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Orang ramai beratur di pintu masuk pusat mengundi seawal jam 7 pagi waktu tempatan pada pilihan raya yang menyaksikan saingan di antara Francisco Guterres "Lu Olo" dan Taur Matan Ruak, kedua-duanya wira negara ketika 24 tahun berperang ketika dijajah Indonesia. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Chile

Artikel Lain