suria

Presiden Afghanistan Dipindah Ke Tempat Selamat

KABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dipindahkan ke tempat selamat dan kediaman beliau dikawal ketat selepas Kabul berdepan dengan beberapa serangan pada Ahad, termasuk cubaan menyerang timbalannya yang berjaya digagalkan.

Karzai sedang bermesyuarat membincangkan bajet dengan sekumpulan menteri lain ketika bunyi letupan dan tembakan berlaku di kawasan diplomatik yang berhampiran dengan kediaman Presiden, menurut seorang pembantunya yang enggan dikenali.

Menurutnya, tambahan anggota ditempatkan di kediaman Presiden dan rundingan damai dengan delegasi kumpulan pemberontak Hezb-i-Islami yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Gulbuddin Hekmatyar turut dibatalkan. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Chile

Artikel Lain