suria

Tiga Letupan Di Colombia, Tiada Kerosakan Dilaporkan

COLOMBIA: Pegawai di Colombia melaporkan tiada kecederaan atau kerosakan daripada tiga letupan kecil yang berlaku ketika pemimpin Western Hemisphere tiba untuk sidang kemuncak.

Dua letupan kecil berlaku di Cartagena di mana sidang kemuncak itu diadakan dan satu lagi berhampiran dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Bogota.

Letupan itu berlaku apabila lebih daripada 30 presiden dan perdana menteri tiba bagi Sidang Kemuncak keenam Amerika.

Seorang pegawai kanan tentera berkata dua beg serbuk bedilan meletup di sebuah lot kosong kira-kira suku batu (400 meter) dari stesen bas Cartagena, petang Jumaat .

Pegawai berkenaan bercakap dengan mengenakan syarat agar identitinya tidak dikenal pasti.

Pegawai keselamatan Bogota berkata bahan letupan ketiga telah diletakkan berhampiran pokok dalam parit saliran berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain