suria

Taliban Serang Penjara Di Pakistan, Bebaskan Anggota Militan

DERA ISMAIL KHAN (Pakistan): Hampir 150 pejuang Taliban dengan bersenjatakan senapang dan bom tangan menyerang penjara di barat laut Pakistan bagi membebaskan beratus-ratus banduan termasuk disyaki beberapa anggota militan.

Pegawai polis, Shafique Khan berkata, penjara itu terletak di bandar Bannu di Khyber Pakhtunkhwa.

Katanya, penyerang-penyerang terbabit membebaskan seramai 380 banduan.

Kira-kira 20 orang daripada mereka merupakan anggota militan Taliban yang amat berbahaya.

Khan berkata, ini termasuk Adnan Rashid, yang didakwa terlibat dalam percubaan membunuh bekas Presiden Pervez Musharraf.

Seorang jurucakap Taliban, Asimullah Mehsud, mendakwa pejuang mereka telah membebaskan seramai 1,200 anggota kumpulan mereka.

Taliban Pakistan telah melancarkan perang berdarah terhadap kerajaan sejak beberapa tahun lalu di mana telah mengorbankan beribu-ribu pegawai kerajaan Pakistan dan rakyat.

Tentera Pakistan telah melancarkan satu siri operasi terhadap kumpulan itu di barat laut yang mencatatkan bilangan mereka yang paling tinggi.

Askar dan polis telah menahan berpuluh-puluh militan yang disyaki sepanjang tempoh ini. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain