Pemimpin Baru Korea Utama Berucap Buat Pertama Kali - Dunia | mStar

Pemimpin Baru Korea Utama Berucap Buat Pertama Kali

PYONGYANG, (Korea Utara): Pemimpin Korea Utama Kim Jong-un berucap secara terbuka buat pertama kalinya, selepas dua hari gagal melancarkan roket, memuji bapanya Kim Jong-il terhadap dasar ketenteraan sempena sambutan ulang tahun pengasas negara berkenaan.

Kim, yang dilihat tetapi tidak pernah bersuara secara terbuka sejak mengambil alih kepimpinan itu selepas kematian Kim Jong-il pada Disember lalu, menuju ke podium dan berucap di hadapan berpuluh-puluh ribu orang yang berkumpul di dataran utama Pyongyang sebagai penghormatan kepada datuknya, pengasas Korea Utara, Kim II- sung.

Kim Jong-un berkata, era di mana senjata nuklear boleh digunakan untuk mengancam negara itu adalah “lapuk”.

Beliau terpanggil untuk mengguatkan dasar negara “tentera yang pertama” dengan meletakkan keutamaan “pertama, kedua dan ketiga” untuk tentera yang perkasa. Beliau berkata, negara itu telah membina satu "tentera yang besar" yang mampu menyerang dan mempertahankan dalam mana-mana peperangan moden.

"Kelebihan dalam teknologi ketenteraan tidak lagi dimonopoli oleh imperialis," katanya.

Tentera adalah lebih penting daripada roket dan meriam, Kim berkata, dan pegawai tentera harus menjaga tentera mereka seperti “adik-beradik."

Beliau berkata, dia "kecewa" terhadap saingan negara Korea yang telah dibahagikan selama beberapa dekad, dan berkata Korea Utara "akan bekerjasama dengan sesiapa" yang benar-benar ingin untuk penyatuan semula.

Korea Utara menentang Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain pada Jumaat dengan melancarkan sebuah roket jarak jauh, dan pegawai angkasa berkata, ia telah dipasang dengan satelit pemerhatian meskipun amaran terhadapnya ditolak dengan pelancaran provokatif.

Washington dan lain-lain mengatakan bahawa ia adalah satu ujian rahsia teknologi peluru berpandu jarak jauh.

Beberapa jam selepas roket berpecah menjadi kepingan di Laut Kuning, negara itu telah membuat pengakuan luar biasa menyatakan ia gagal, tetapi Kim tidak menyebut mengenai pelancarannya dalam ucapan beliau pada Ahad.

Antarabangsa mengutuk pelancaran roket yang pantas, termasuk penggantungan bantuan makanan AS, dan terdapat kebimbangan bahawa langkah Korea Utara seterusnya dapat menjadikan ujian nuklear lebih provokatif.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk pelancaran itu sebagai melanggar resolusi yang melarang Korea Utara daripada membangunkan program nuklear dan peluru berpandu.

Majlis mengenakan sekatan ke atas Korea Utara selepas ujian nuklearnya yang pertama pada tahun 2006 dan meningkatkan sekatan selepas yang kedua pada 2009. - AP

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain