suria

Lelaki Bersenjata Bunuh Lapan Penganut Syiah Di Barat Daya Pakistan

PAKISTAN: Polis berkata lelaki bersenjata yang menunggang motosikal telah membunuh lapan orang penganut Syiah dalam dua serangan di barat daya Pakistan.

Pegawai kanan polis, Shaukat Ajmad berkata penyerang melepaskan tembakan pada hari Sabtu terhadap sebuah kereta, membunuh enam orang di Quetta, ibu kota wilayah barat daya Baluchistan.

Selang beberapa minit kemudian, mereka menembak dan membunuh dua orang yang berada dalam beca di kawasan yang sama.

Syiah adalah kaum minoriti dalam puak Ahlus Sunnah Pakistan.

Walaupun kebanyakan kedua-dua puak ini hidup aman damai bersama, pelampau dari kedua-dua pihak telah membuat sasran antara satu sama lain sejak tiga dekad yang lalu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, serangan Ahlus Sunnah ke atas Syiah adalah jauh lebih biasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain