suria

Seorang Rakyat Vietnam Beli Bandar Terkecil AS

HANOI: Seorang ahli perniagaan warga Vietnam, Pham Dinh Nguyen terbang ke Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama, memandu ke kawasan pinggiran yang kecil dan membeli Buford, Wyoming dengan jumlah penduduknya adalah seorang.

Nama Nguyen tidak dikeluarkan pada minggu lalu apabila beliau memenangi lelongan untuk Buford, yang diisyitiharkan sebagai bandar terkecil di negara itu.

Bagaimanapun, beliau telah menarik perhatian media Vietnam dan rangkaian sosial.

Ramai yang menyambut baik tindakan beliau bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Vietnam sebagai negara komunis telah bergerak jauh dari peperangan dan kemiskinan.

Nguyen mengusahakan syarikat pengedaran dan perdagangan di selatan bandar raya Ho Chi Minh.

Beliau membida sebanyak AS$900,000 (RM2.75 juta) untuk Buford, dan beliau dijangka menggunakan bandar itu untuk menjual barangan yang dihasilkan di Vietnam. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain