suria

Obama Digesa Beri Tumpuan Kepada Amerika Latin Pada Sidang Kemuncak

COLOMBIA: Washington perlu kembali kepada perikatan dengan jiran-jirannya di Amerika Latin dan bukannya memberi tumpuan kepada konflik yang jauh seperti di Afghanistan, kata Presiden Colombia, Jumaat, sebelum menyambut Presiden Barack Obama ke Sidang Kemuncak Amerika.

Pengaruh Amerika Syarikat (AS) di rantau ini semakin berkurangan dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan menyaksikan China mendapatkan tanah dan muncul sebagai rakan kongsi perdagangan nombor satu dengan pelbagai negara, termasuk kuasa besar serantau, Brazil.

"Jika Amerika Syarikat menyedari kepentingan strategik jangka panjang bukan di Afghanistan atau Pakistan, tetapi di Amerika Latin ... akan ada hasil yang hebat," Presiden Juan Manuel Santos berkata, sejurus sebelum Obama tiba di Colombia.

Obama disambut dengan penuh pesona pada Sidang Kemuncak terakhir Amerika pada tahun 2009.

Tetapi Amerika Latin berharap, selain penyesuaian semula AS dengan Cuba yang sebahagian besarnya telah terputus, Obama turut memberi tumpuan kepada keutamaan global yang lain.

Komen Santos dibuat dalam satu ucapan kepada beratus-ratus ahli perniagaan dari Utara dan Selatan Amerika dalam mesyuarat sebelum Sidang Kemuncak Negara-negara Amerika ke-enam yang dihadiri lebih daripada 30 ketua negara di Caribbean, pelabuhan Cartagena.

Mengimbas pertumpahan darah oleh gerila dan keganasan dadah di Colombia baru-baru ini, dua bom kecil yang dimasukkan ke dalam parit di daerah kediaman Bogota, berhampiran dengan Kedutaan Amerika Syarikat telah meletup.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain