suria

United Airlines Patah Balik Ke San Francisco Selepas Disambar Kilat

SAN FRANCISCO: United Airlines yang disambar kilat ketika dalam penerbangannya dari San Francisco ke London menyebabkan pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Pengurus yang bertugas, John Ginty berkata, pesawat itu mendarat dengan selamat pada malam Khamis dan tiada kecederaan yang dialami oleh penumpang yang berada dalam pesawat itu.

Jurucakap United, Megan McCarthy berkata, pesawat Boeing 777 itu membawa seramai 258 penumpang.

Beliau berkata, pesawat mendarat kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan, sejurus selepas ia berlepas.

Para pekerja penyelengaraan sedang memeriksa keadaan pesawat.

MrCarthy berkata, para penumpang akan berlepas ke London pada Jumaat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain