suria

Penerbangan Di Lapangan Terbang Gatwick, London Terjejas Kerana Belon Udara Panas

LONDON: Penerbangan di hab pengangkutan udara kedua terbesar di Britain iaitu Lapangan Terbang Gatwick London terganggu pada Jumaat apabila sebuah belon udara panas memasuki ruang udara, kata seorang jurucakap.

Beliau berkata, lima penerbangan yang sepatutnya berlepas terjejas selepas ruang udara ditutup sebagai langkah keselamatan di lapangan terbang itu yang terletak di selatan London.

“Ruang udara ditutup atas sebab keselamatan selepas sebuah belon udara panas memasuki kawasan Horsham,” kata jurucakap itu, sambil menambah, lapangan terbang tersebut dibuka semula pada pukul 8.20 pagi waktu tempatan.

Gatwick merupakan lapangan terbangan dengan satu landasan yang paling sibuk di dunia, mengendalikan seramai 33 juta penumpang setahun. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain