suria

Pelan Kontigensi Ancaman Tsunami Lancar - Yingluck

BANGKOK: Kerajaan Thailand menyifatkan pelan kontingensi negara itu terhadap ancaman tsunami berjalan mengikut perancangan berikutan kejadian gempa bumi berkekuatan 8.5 pada skala Richter di Aceh, Indonesia, pada Rabu.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata sistem amaran awal menggunakkan siren, perintah pemindahan penduduk menerusi radio, televisyen, berita atas talian serta sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pengumuman bergerak di lapangan berjalan dengan lancar.

Penduduk di enam wilayah selatan Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang dimaklumkan supaya berpindah ke kawasan tanah tinggi dengan tempoh waktu yang secukup dengan jangkaan ancamam tsunami.

Misalnya di Phuket, siren dipasang di sepanjang pantai dan di kawasan pusat bandar, penyelamat profesional ditempatkan di kawasan pantai serta banyak tanda penunjuk bagi membantu pelawat sampai ke pusat pemindahan di kawasan tanah tinggi di pusat peranginan tersohor itu.

"Hanya masalah yang perlu diperbaiki ialah pengurusan lalu lintas yang sesak ketika tempoh pemindahan," katanya di sini, Khamis. "Secara menyeluruh tahap kesiapsiagaan dan pelaksanaan pelan kontingensi telah bergerak dengan lancar termasuk petugas kesihatan dan askar yang bersedia menghulurkan sebarang bantuan jika diperlukan," katanya.

Yingluck berkata tiada kecederaan serius dilaporkan akibat ancaman tsunami itu tetapi hanya kecederaan ringan dilaporkan oleh sebilangan kecil penduduk ketika mereka berlari mencari perlindungan di kawasan tanah tinggi.

Katanya Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, yang ditutup sementara swemalam, telah mula beroperasi semula hari ini.

Lebih 8,000 penduduk maut apabila tsunami membadai kawasan pantai Laut Andaman termasuk Phuket dan Krabi pada Disember 2004 dan ia mendorong kerajaan Thailand menggubal pelan kontingensi bagi kemungkinan berulang bencana tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain