suria

Microsoft Menghitung Hari Tamatkan Windows XP

SAN FRANCISCO: Microsoft sedang menghitung hari sehingga ia melalui penamatan sistem pengendalian Windows XP bagi komputer peribadi.

Perisian perkasa di Amerika Syarikat (AS) menggunakan penyiaran di blog untuk mengingatkan dunia bahawa ia tidak lagi akan menyokong sistem operasi generasi lama itu dalam tempoh dua tahun yang mana orang ramai telah berpaut kepada penggantinya, Vista dan Windows 7.

"Kami mahu mengakui akan menamatkan Windows XP dan Office 2003 dalam masa dua tahun," kata Pengarah Pemasaran Microsoft, Stella Chernyak.

"Windows XP dan Office 2003 adalah perisian yang hebat untuk zaman mereka, tetapi persekitaran teknologi telah berubah."

Beliau menasihati pengguna komputer, terutamanya perniagaan, untuk mula melakukan "penghijrahan" mesin kepada versi terkini program-program sebelum Microsoft menamatkan XP untuk berehat pada 8 April 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain