suria

Indonesia Dijangka Keluarkan 900,000 Tong Minyak Mentah Sehari Pada Jun

JAKARTA: Pengeluaran minyak mentah Indonesia disasar mencapai 900,000 tong sehari pada Jun.

Timbalan Ketua Operasi Badan Pelaksana Minyak dan Gas (BP Migas) Indonesia Rudi Rubiandini berkata pengeluaran dalam suku pertama tahun ini masih pada 886,000 tong sehari.

Pengeluaran boleh mencapai 900,000 tong sehari terutama dari Blok West Madura Offshore (WMO) yang diuruskan oleh syarikat PT Pertamina Hulu Energi, katanya di Jakarta, pada Selasa.

Pengeluaran itu dijangka terus meningkat pada September depan setelah pengerudian telaga minyak di sejumlah kawasan selesai dilaksanakan.

Menurut Rudi, tidak berapa lama dulu pengeluaran pernah mencapai 900,000 tong sehari namun faktor cuaca buruk telah menyebabkan pengeluaran oleh syarikat PT Chevron Pacific Indonesia berkurangan sebanyak 10,000 tong sehari sehingga menjadikan jumlah pengeluaran kepada 890,000 tong sehari.

Sementara itu, ketua perwakilan Parti Kebangkitan Bangsa (FPKB) di Dewan Perwakilan Rakyat, Marwan Jafar dalam kenyataannya di Jakarta, Selasa, mendesak kerajaan Indonesia menghentikan eksport minyak kerana keperluan minyak dalam negeri belum dapat dipenuhi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain