suria

Gempa Bumi:Arahan Berpindah Di Enam Wilayah Di Thailand

BANGKOK: Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera pada Rabu.

Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

Gempa bumi 8.7 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (waktu Malaysia: 5.53pm).

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara.

Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Disember 2004. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain