suria

Clinton Beri Amaran Kepada Suu Kyi: Demokrasi Tidak Mudah

WASHINGTON: Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pada Selasa menasihati pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, selepas beliau berjaya memasuki parlimen bahawa demokrasi bukan mudah.

Clinton yang juga bekas wanita pertama dan senator bertanding bagi jawatan Presiden AS pada 2008, memberi amaran kepada Suu Kyi di tayangan perdana AS berjudul “The Lady”, filem epik Nobel keamanan oleh pengarah Perancis, Luc Besson.

"Saya ada memberitahu beliau dalam satu perbualan telefon baru-baru ini - beliau bergerak dari satu ikon kepada seorang ahli politik. Selepas melalui perjalanan yang sama dengan perbezaan yang sedikit, saya tahu ia bukan mudah,” katanya.

”Sekarang anda ke parlimen dan mula menghebahkan apakah demokrasi yang sebenarnya. Ia bukan satu perkataan yang kotor," kata Clinton ketika tayangan perdana di ibu pejabat Motion Picture Association of America. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain