suria

Salji Runtuh Di Kashmir: Belum Ada Khabar Berita Nasib 135 Mangsa

ISLAMABAD: Belum ada khabar berita mengenai nasib 135 orang yang ditimbus salji runtuh jauh di atas kawasan tinggi pergunungan Kashmir, Pakistan.

Dua puluh empat jam selepas kejadian itu, pasukan penyelamat yang terdiri daripada 150 anggota tentera yang dibantu anjing pengesan dan helikopter masih belum menemui seorang pun mangsa lagi.

Pihak tentera mengesahkan daripada 135 mangsa yang tertimbus, 124 adalah anggota tentera.

Salji runtuh itu meliputi kawasan seluas satu kilometer persegi.

Sejak merdeka dari Britain pada tahun 1947, daerah Kashmir telah menyaksikan tiga peperangan besar antara India dan Pakistan.

New Delhi dilaporkan mengeluarkan perbelanjaan sehingga 40 juta rupees (AS$800,000) sehari menguruskan ketumbukan tenteranya di wilayah Siachen-Kashmir dan jumlah ini belum termasuk bayaran gaji dan lain-lain faedah.

Para pakar ketenteraan menganggarkan India menempatkan sehingga 5,000 anggota tentera di wilayah bergolak itu.

Pada Februari lalu, 16 anggota tentera India mati tertimbus di kawasan pergunungan yang sama akibat runtuhan salji.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain