suria

Roket Jarak Jauh Korea Utara Sedia Dilancar

TONGCHANG-RI: Roket jarak jauh Korea Utara yang mendapat tentangan antarabangsa telah berada dalam platform pelancarannya pada Ahad.

Kerajaan itu membenarkan pihak media antarabangsa melawat pusat angkasa Tongchang-ri dalam usaha membuktikan roket Unha-3 bukannya roket peluru berpandu balistik.

Sebaliknya ia hanya akan menghantar satelit.

Kerajaan Komunis Korea Utara berkata, mereka akan melancarkan satelit bagi tujuan penyelidikan saintifik antara 12 hingga 16 April bagi meraikan ulang tahun ke-100 kelahiran pengasas pemimpin, Kim Il-Sung di mana tarikh lahirnya adalah pada 15 April.

Amerika Syarikat, Jepun dan Britain antara negara yang menggesa Korea Utara supaya membatalkan pelancaran roket itu.

Korea Utara menegaskan pelancaran roket itu bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara tersebut yang goyah dengan menyediakan butiran kaji selidik secara terperinci.

"Kami mempunyai hak dan kewajipan untuk membangunkan satelit dan pelancaran roket.

"Enggan mengendahkan kata-kata pelbagai pihak, kami melakukan ia untuk tujuan keamanan," kata Pengurus Besar Pelancarannya, Jang Myong Jin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain