suria

Ratu Elizabeth II Beri Penghormatan Kepada Camilla

LONDON: Ratu Elizabeth II telah memberi gelaran "Duchess of Cornwall" satu kedudukan tertinggi wanita dalam Perintah Diraja Victoria, menurut Istana Buckingham, Isnin.

Pengumuman Camilla sebagai "Dame Grand Cross" datang pada hari ulang tahun perkahwinan yang ketujuh dengan Putera Charles, anak ratu.

Anugerah di bawah Perintah Diraja Victoria, yang diasaskan pada tahun 1896 oleh Ratu Victoria, diberikan oleh ratu kepada mereka yang telah berkhidmat dengan ratu atau monarki secara peribadi.

Pernah dicerca sebagai "peracun" perkahwinan pertama Charles dengan Puteri Diana, Camilla telah menjadi ahli penting dalam keluarga diraja sejak berkahwin dengan putera pada 9 April 2005 - lapan tahun selepas kematian Diana.

Beliau juga telah mengembara secara meluas dengan putera dengan menyertai lawatan rasmi, termasuk lawatan ke Scandinavia dan singgah di Copenhagen, Stockholm dan Oslo baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain