suria

Penduduk Aceh Mengundi Pilih Gabenor

BANDA ACEH: Penduduk wilayah tunggal di Indonesia yang mengamalkan undang-undang syariah keluar mengundi pada Isnin untuk memilih gabenor sekaligus dilihat sebagai ujian terhadap keamanan selepas mengalami peperangan pejuang pemisah selama 30 tahun.

Pilihan raya di Aceh itu adalah yang kedua sejak 170,000 orang maut di wilayah berkenaan ketika bencana tsunami pada 2004.

Malah, sejak peperangan terhadap kerajaan Indonesia ditamatkan pada 2005, jumlah penduduk terkorban mencecah 15,000 orang.

Pengundi di seluruh wilayah itu akan memilih gabenor baru iaitu jawatan tertinggi dan memilih 17 ketua daerah dan timbalannya.

Kira-kira tiga juta penduduk layak untuk mengundi di 9,786 pusat mengundi yang telah dibuka sejak pukul 8 pagi tadi.

Peti undi akan ditutup pada pukul 2 petang.

Calon yang bertanding perlu memenangi lebih daripada 30 peratus undian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain