Chavez Tuduh Amerika Cuba Jatuhkan Pemimpin Syria - Dunia | mStar

Chavez Tuduh Amerika Cuba Jatuhkan Pemimpin Syria

CARACAS: Presiden Venezuela Hugo Chavez pada Jumaat menuduh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya melakukan provokasi di Syria dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Chavez berkata, beliau bercakap melalui telefon pada awal hari dengan sekutu Presiden Syria Bashar Assad, yang memberitahunya keadaan keselamatan di negara itu semakin pulih dan beliau berharap keganasan akan hilang tidak lama lagi.

"Dia memberitahu saya terdapat lebih daripada 2,000 orang askar yang mati syahid dan beberapa orang yang tidak berdosa telah meninggal dunia akibat rancangan pengganas untuk menyingkirkannya daripada kuasa," kata Chavez dalam panggilan telefon yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen Venezuela.

Ribuan pelarian Syria merentas ke sempadan Turki selepas serangan penembak curi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa lebih daripada 9,000 orang terbunuh dalam keganasan.

Manakala kerajaan Amerika Syarikat dan Eropah telah mengkritik kerajaan Syria terhadap keganasan lawan, Chavez telah bersuara mempertahankan Assad dan telah menghantar penghantaran bahan api diesel Venezuela untuk membantu Syria.

"Saya telah cuba untuk bercakap dengan dia selama beberapa hari," kata Chavez, sambil menambah bahawa pemimpin Syria memberi gambaran terperinci situasi di sana dalam panggilan setengah jam.

Chavez, yang telah lama bermusuhan dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS), telah berulang kali menuduh Washington cuba mencetuskan keganasan serupa di Syria dengan pertempuran di Libya yang membawa kepada penyingkiran dan pembunuhan sekutunya Moammar Gadhafi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hujan Lebat Di Brazil, Dua Mati

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain