suria

Lelaki Bunuh Empat Anggota Keluarga Dengan Parang Akhirnya Ditangkap

KULCS (Hungari): Polis dari Unit Tindakan Khas Hungari akhirnya berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas dia membunuh empat anggota keluarganya dengan parang dan mencederakan tiga yang lain, pada Jumaat.

Jutast Csanad Horvath kini ditahan dan dirawat di sebuah hospital di sini selepas mengalami kecederaan parah dalam insiden tersebut.

Dia ditahan ketika sedang bersembunyi di dalam semak samun sambil memegang senjata yang digunakannya untuk membunuh itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada lebih kurang jam 8 pagi waktu tempatan di sebuah perkampungan bernama Kulcs, yang terletak lebih kurang 60 kilometer dari ibu negara Hungari, Budapest.

Kampung ini hanya didiami oleh lebih kurang 2,500 penghuni sahaja.

Menurut polis, Horvath disyaki membunuh bapanya, kedua-dua datuknya dan abangnya selepas terlibat dalam satu pergaduhan keluarga.

Ibunya, adik perempuan dan seorang lagi ahli keluarga mengalami kecederaan parah selepas ditetak dan kini sedang dirawat di hospital di sini.

Bapa Horvath bekerja dalam industri binaan dan pernah dipenjarakan kerana menipu bantuan kerajaan.

Seramai 135 anggota polis termasuk dari Unit Tindakan Khas telah dikerah untuk memburu suspek selepas berita mengenai amukannya mencetuskan kegemparan.

Artikel Lain