suria

Yahoo Buang 2,000 Pekerja Sebagai Langkah Penjimatan

SUNNYVALE, California: Yahoo Inc. akan mengurangkan 2,000 kakitangan atau 14 peratus daripada tenaga kerjanya, iaitu langkah terbesar diambil Ketua Eksekutif barunya, Scott Thomson bagi meningkatkan semula pertumbuhan dan penjimatan kos syarikat.

Reaksi Wall Street bagaimanapun agak dingin selepas dua CEO Yahoo sebelum ini gagal mendapatkan jawapan bagi bersaing dengan pesaingnya seperti enjin pencari pendahulu Google dan laman sosial Facebook.

Syarikat yang sehingga akhir tahun lalu mempunyai 14,000 pekerja berkata, langkah itu boleh menjimatkan sehingga AS$375 juta setiap tahun dan nilai tunai sebelum cukai pada suku kedua meningkat dari AS$125 juta kepada AS$145 juta.

Artikel Lain