suria

Qantas Tidak Benarkan Bawa Lebih Satu Beg Bagi Penumpang Kelas Ekonomi

MELBOURNE: Qantas tidak akan membenarkan para penumpang kelas ekonomi membawa lebih dari satu beg secara percuma pada penerbangan antarabangsa.

Jika para penumpang mahu membawa bersama-sama lebih dari satu beg mereka boleh dikenakan bayaran A$120.

Selepas 2 Mei, para penumpang akan dibenarkan membawa satu beg dengan berat maksimum 23kg, kata Qantas dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, para penumpang boleh membawa lebih dari satu beg asalkan beratnya tidak melebihi 23kg.

Qantas berkata para penumpang boleh membeli kelayakan membawa beg tambahan sebelum mendaftar masuk di lapangan terbang bagi bayaran A$90 satu beg.

Jika tidak, mereka boleh dikenakan bayaran A$120 di lapangan terbang atau A$50 jika berat beg itu lebih 23kg.

Para penumpang dalam kelas premium ekonomi, perniagaan, kelas pertama, Qantas Club dan pengembara kerap akan diberikan kebenaran beg lebih besar.

Penumpang premium ekonomi akan dibenarkan membawa dua beg, dengan berat tidak lebih 23kg setiap satu, yang merupakan peruntukan berganda dari kelas ekonomi.

Artikel Berikut

Artikel Lain