suria

Palang Merah Tekankan Beri Akses Bantuan Di Syria

DAMSYIK: Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menekankan kepada pihak berkuasa Syria untuk membenarkan akses yang lebih kepada pekerja yang memberi bantuan kepada tahanan dan orang awam yang terancam oleh konflik di negara ini.

Jakob Kellenberger akan bertemu menteri kesihatan pada Selasa yang juga Ketua Palang Merah cawangan tempatan.

Beliau berkata, beliau sedang mengusahakan akses terbaik untuk pelarian, mereka yang sakit dan cedera kerana pertempuran untuk mendapatkan bantuan rawatan selama dua jam setiap hari.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih daripada 9,000 orang telah terbunuh dalam kebangkitan Syria terhadap Presiden Bashar Assad.

Diplomasi gagal untuk menghentikan keganasan.

Pada Isnin, utusan khas antarabangsa Kofi Annan berkata, Syria telah bersetuju untuk mematuhi pelan damai itu dan mematuhi gencatan senjata pada 10 April.

Artikel Berikut

Artikel Lain