suria

Beberapa Bandar Di Indonesia Catat Inflasi Melebihi Angka Nasional

JAKARTA: Beberapa bandar di Indonesia mengalami inflasi melepasi kadar nasional, pada Mac 2012.

Denpasar (Bali) 0.46 peratus manakala Ambon, ibu negeri Maluku mencatat paras inflasi 1.33 peratus, demikian menurut maklumat Badan Pusat Statistik (BPS).

Kadar inflasi peringkat nasional hanya 0.07 peratus.

Peningkatan kadar inflasi itu pada umumnya dikaitkan dengan kenaikan dalam indeks makanan, perumahan, barangan dan perkhidmatan.

Bandar-bandar lain yang turut mencatat inflasi melebihi angka nasional ialah Padang di Sumatera Barat, iaitu 0.43 peratus dan Palu, di Sulawesi Tengah, 0.15 peratus.

Di Surabaya Jawa Timur, inflasi mencapai kadar 0.08 peratus disebabkan berlaku kenaikan harga dalam kelompok makanan, minuman, rokok dan tembakau sebanyak 0.42 peratus.

Sementara itu, Ketua BPS Jawa Timur Irlan Indrocahyo berkata inflasi di wilayah itu sepanjang Mac berlaku di tujuh bandar dan bandar Jember mencatat inflasi tertinggi sebanyak 0.29 peratus. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain