suria

AS Tawar RM30.47 Juta Kepada Ketua Militan Pakistan

ISLAMABAD: Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sebanyak AS$10 juta (RM30.47 juta) kepada pengasas kumpulan militan Pakistan yang dipersalahkan terhadap serangan di Mumbai, India pada tahun 2008 sehingga mengorbankan seramai 166 orang, yang dilihat merumitkan hubungan antara AS dan Pakis pada bila-bila masa.

Hafiz Saeed yang mengasaskan Lashkar-e-Taiba pada 1980-an, didakwa menerusi sokongan Pakistan, memberi tekanan kepada musuhnya India ke atas wilayah Kashmir yang dipertikaikan.

Pakistan mengharamkan kumpulan itu pada 2002 ekoran tekanan daripada AS tetapi telah menyimpang sedikit selepas itu.

Saeed yang menjalankan operasinya secara terbuka di negara itu, memberikan ucapan-ucapan awam dan muncul di program bual bicara televisyen.

AS turut menawarkan sehingga AS$2 juta (RM6.09 juta) untuk timbalan pemimpin Lashkar-e-Taiba, Hafiz Abdul Rahman Makki.

Ganjaran-ganjaran tersebut dinyatakan pada laman web Jabatan Negara AS berkaitan dengan ganjaran untuk keadilan pada lewat Isnin, kata Kedutaan AS di Islamabad pada Selasa. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain