suria

Suu Kyi Cipta Sejarah Menang Pilihan Raya Kecil

Penyokong Suu Kyi meraikan kejayaan beliau pada pilihan raya kecil tahun ini.
Penyokong Suu Kyi meraikan kejayaan beliau pada pilihan raya kecil tahun ini.
Penyokong Suu Kyi meraikan kejayaan beliau pada pilihan raya kecil tahun ini.

YANGON, Myanmar: Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan ketua pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi, 66, memenangi kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Suu Kyi memegang jawatan sebagai anggota perundangan buat julung kalinya.

Menurut jurucakap pemerhati pilihan raya di kalangan parti pimpinan Suu Kyi, Han Than berkata, NLD memenangi sekurang-kurang 43 daripada 44 kerusi dipertandingkan.

Ia termasuk empat di ibu negara Naypyitaw yang dianggap sebagai kubu kuat parti pemerintah.

Kemenangan NLD diiktiraf buat pertama kalinya sejak memenangi pilihan raya pada 1990 tetapi dibatalkan oleh junta tentera.

"Ia adalah kemenangan rakyat. Kami memberi pengajaran kepada mereka," kata seorang pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Thien.

Dia antara ribuan penyokong Suu Kyi yang meraikan kejayaan pemimpin itu pada pilihan raya kecil kali ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain