suria

Seorang Maut, Tiga Cedera Dalam Letupan Kilang Petroleum

CARACAS: Seorang pekerja maut dan tiga lagi mengalami kecederaan selepas letupan di sebuah kilang petroleum nasional Venezuela, awal pagi Isnin.

Petroleos de Venezuela SA dalam satu kenyataan berkata, letupan yang menyebabkan kebakaran itu, menjejaskan satu unit kemudahan di Petrocedeno.

Syarikat itu berkata, letupan berkenaan berjaya dikawal dan operasi di kilang berkenaan disambung semula sejurus selepas itu.

Ketua Pengawal Kebangsaan, Alejandro Keleris, berkata penduduk yang tinggal berdekatan kilang itu dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat punca letupan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain