suria

Ketua Syarikat Pembinaan Leighton Dibayar A$6 Juta Bagi Tempoh Enam Bulan

MELBOURNE: Ketua Eksekutif syarikat pembinaan yang berhadapan masalah, Leighton Holdings, yang mempunyai kehadiran kukuh di Malaysia, dibayar gaji A$6.25 juta bagi tempoh enam bulan.

Hamish Tyrwhitt adalah ketua Leighton bagi tempoh empat bulan pada 2011 selepas dinaikkan pangkat dari ketua operasi Asianya pada 24 Ogos, demikian menurut laporan Australian Associated Press.

Upah kerjanya bagi tempoh itu bersamaan dengan A$240,000 seminggu.

Upah kerja Tyrwhitt dinaikkan oleh apa yang dikatakan Leighton sebagai pembayaran perubahan A$3.9 juta, demikian menurut laporan tahunan yang diterbitkan pada Jumaat.

Pembayaran itu termasuk fi bayaran yang ditahan A$1.55 juta yang perlu dibayar balik oleh Tyrwhitt jika beliau meletakkan jawatan atau dibuang kerja sebelum 1 Jan, 2013.

Beliau dibayar A$869,000 di dalam bentuk insentif keseluruhan pada tahun-tahun sebelum itu dengan syarikat itu dan diberikan elaun A$800,000 untuk pulang ke Australia pada 2011.

Pembayaran itu adalah selain daripada gaji tetapnya sebanyak A$1.38 juta bagi tempoh enam bulan sehingga 31 Disember, ditambah A$931,200 di dalam bentuk bonus jangka pendek apabila Leighton melepasi sasaran keuntungannya bagi tempoh itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain