suria

Import Emas India Naik 14 Peratus

NEW DELHI: India, pengimport emas terbesar di dunia, menyaksikan pengimportan komoditi itu melonjak 14 peratus kepada 969.3 tan metrik bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac, 2011.

Pengimportan emas dicatatkan 851 tan metrik pada tahun fiskal 2009/10, kata Menteri Negara bagi Kewangan Namo Narain Meena yang dipetik sebagai berkata oleh The Asian Age, Sabtu.

Beliau berkata demikian di dalam jawapan bertulis kepada Lok Sabha - Dewan Rendah Parlimen India.

Di segi nilai, pengimportan emas melonjak 36 peratus kepada Rs1,847.28 bilion (kira-kira RM110 bilion) pada 2010/11 daripada Rs1,358.77 bilion (kira-kira RM80 bilion) pada tahun kewangan sebelumnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain