suria

Enam Maut Tanah Runtuh Di Haiti

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila rumah mereka runtuh semasa hujan lebat yang melanda Haiti selama beberapa hari, menurut Pejabat Perlindungan Awam.

Mangsa adalah dua keluarga yang tinggal di kawasan kejiranan di atas bukit di pinggir bandar Petionville.

Pegawai Perlindungan Awam Haiti, Nadia Lochard, berkata tiga wanita, dua lelaki dan seorang bayi perempuan maut apabila rumah mereka ditimbus tanah runtuh.

"Kerja-kerja mencari mangsa sukar dijalankan kerana mereka berada di bawah lumpur yang tebal," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain