suria

Bom Meletup Di Hotel Hat Yai

SONGKHLA: Kira-kira 50 orang cedera dalam satu letupan bom di Hotel Plaza Lee Graden, di daerah Hat Yai, lapor agensi berita Thailand.

Kira-kira 200 pelanggan dan pekerja hotel terperangkap di tingkat empat bangunan tersebut, Kata jurucakap rasmi, memetik laporan media negeri.

Letupan tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 1 petang (waktu tempatan). Ia didakwa bermula dari tingkat bawah tanah hotel 33 tingkat yang terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai yang sememangnya terkenal sebagai syurga membeli belah untuk pelancong.

Jurucakap tersebut berkata ekoran daripada letupan tersebut berlaku kebakaran dan pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain