suria

Polis Leraikan Bantahan Pembaharuan Sekolah Di Turki

ANKARA: Polis Turki melepaskan gas pemedih mata dan semburan air untuk meleraikan beribu-ribu orang yang membantah rang undang-undang reformasi pendidikan yang didakwa pembangkang akan meningkatkan pengaruh sekolah-sekolah Islam.

Polis meleraikan demonstrasi pada Khamis, mengakhiri perhimpunan dua hari dengan penunjuk perasaan yang mahu berarak ke arah Parlimen di mana rang undang-undang itu dibahaskan.

Sesetengah penunjuk perasaan menggunakan lastik untuk melontarkan batu kepada polis.

Cadangan reformasi ialah melanjutkan pendidikan wajib daripada umur lapan tahun sekarang kepada 12 tahun dan membuka jalan kepada pelajar sekolah menengah untuk menghadiri sekolah-sekolah Islam.

Rang undang-undang ini bertentangan dengan langkah ketenteraan yang dikenakan sejak tahun 1997 yang menutup sekolah-sekolah menengah agama dan hanya membenarkan pelajar sekolah tinggi untuk menghadiri institusi-institusi itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain