suria

Serangan Seksual: Strauss Kahn Tuntut Kekebalan

NEW YORK: Peguam kepada Dominique Strauss-Kahn memberitahu mahkamah di Amerika Syarikat bahawa saman pekerja hotel yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual sepatutnya dibatalkan kerana ahli politik Perancis itu mempunyai kekebalan diplomatik pada waktu berkenaan.

Hakim Douglas McKeon berkata, beliau akan membuat keputusan selepas mendengar perbicaraan selama 90 minit di mahkamah di Bronx di mana peguam Strauss-Kahn berhujah bahawa bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu "mempunyai kekebalan diplomatik yang dinikmati pegawai tertinggi dan diplomat lain."

Peguam Strauss-Kahn, Amit Mehta, berkata saman berkenaan yang tidak dinyatakan jumlah ganti rugi "mesti dibatalkan". - AFP

Artikel Lain