Presiden China Di New Delhi Hadiri Persidangan BRICS - Dunia | mStar

Presiden China Di New Delhi Hadiri Persidangan BRICS

NEW DELHI: Presiden China Hu Jintao tiba di New Delhi pada Rabu untuk menyertai persidangan BRICS keempat dan mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

BRICS terdiri daripada lima ekonomi baru muncul dunia - Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

The Hindu melaporkan yang Hu akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Dmitry Medvedev pada hari Rabu sebelum menyertai persidangan BRICS pada hari Khamis.

Hu, beserta dengan para presiden Rusia, Brazil dan Afrika Selatan, akan menghadiri bankuet yang dihoskan oleh Presiden Pratibha Patil pada sebelah petang.

Manmohan Singh akan mengadakan perbincangan dengan Presiden China pada Khamis, mengenai pelbagai isu termasuk merapatkan defisit perdagangan dan langkah-langkah mengukuhkan keyakinan, kata The Hindu.

Ia berkata kedua-dua pemimpin dijangka mengisytiharkan 2012 sebagai tahun kekawanan India-China dan mengumumkan inisiatif untuk merangsangkan pertukaran budaya dan hubungan antara insan.

Hu dijadual bercakap pada sesi plenari persidangan BRICS, Khamis di mana ia menjangka mengetengahkan kedudukan China mengenai tadbir urus global, pembangunan mampan dan cara-cara untuk mempercepatkan perdagangan dan pelaburan antara BRICS.

BRICS menguasai 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global (US$18.486 trilion) dan proposisinya akan berkembang pesat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain