suria

Maldives Henti Operasi Menyelamat Kapal Kargo Ditawan Lanun

COLOMBO, Sri Lanka: Maldives terpaksa menghentikan usaha untuk menyelamatkan sebuah kapal kargo dari Bolivia yang dirampas lanun kerana terkeluar daripada perairan negara itu.

Pasukan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) berkata, kapal yang dikenal pasti sebagai MV Eglantine dirampas di Lautan Hindi di luar perairan Maldives pada Isnin.

Seorang pengawal pantai mula mengesan kapal tersebut.

Jurucakap pasukan pertahanan, Lt. Abdulla Ali berkata, mereka membatalkan operasi untuk menyelamatkan kapal tersebut selepas ia meninggalkan perairan Maldives petang Selasa.

Kegiatan lanun merupakan ancaman utama kepada kapal perdagangan di Lautan Hindi dan Laut Arab.

Lanun-lanun tersebut dipercayai dari Somali bertindak menawan beberapa krew dan merampas kapal tersebut untuk mendapatkan wang tebusan.

Artikel Berikut

Artikel Lain