suria

Juruterbang Jet Blue Jerit "Bom Dalam Pesawat" Ganggu Penerbangan

LAS VEGAS: Seorang juruterbang Jet Blue menjerit “Mereka akan membuatkan kita terhempas!” dalam pesawat mengenai bom dan ancaman dari Iraq pada Selasa sehingga penumpang ke Las Vegas itu menahannya di luar kokpit, kata para penumpang.

Kapten JetBlue Airways bagi pesawat 191 dari Lapangan Terbang Antarabangsa, John F. Kennedy, New York dibawa ke hospital setelah mengalami gangguan kesihatan, sehingga menyebabkan pembantu juruterbangnya terpaksa mengambil alih dan melakukan pendaratan di Amarillo, Texas, kata syarikat penerbangan itu.

Juruterbang yang tidak dikenali itu kelihatan keliru, gelisah dan berpeluh sewaktu melalui kabin dan mula mengembar-gemburkan mengenai ancaman yang dikaitakan dengan Iran, Iraq dan Afghanistan dan kemudiannya ditenangkan oleh anak kapal, kata para penumpang.

“Mereka akan buat kita terhempas. Mereka akan buat kita terhempas. Marilah kita berdoa. Marilah kita berdoa,” jerit kapten itu, menurut seorang penumpang, Tony Antolino.

Josh Redick, yang duduk berdekatan dengan bahagian tengah pesawat itu berkata, kapten itu seolah-olah ‘marah’ dan memarakkan (kemarahannya) tentang Afghanistan dan al-Qaeda.

Gabriel Schonzeit, yang duduk di barisan ketiga berkata, kapten itu memaklumkan terdapat bom di dalam pesawat.

“Dia mula menjerit mengenai al-Qaeda dan kemungkinan terdapat bom di dalam pesawat, mengenai Iraq dan Iran serta bagaimana kita semua akan terhempas,” kata Schonzeit kepada Amarillo Globe News.

Kapten tersebut ditahan oleh beberapa penumpang selepas dia cuba untuk memasuki semula ke dalam kokpit, yang telah dikunci oleh pembantu juruterbang, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain