Pemberontak MILF, MNLF Bertempur, 2 Terbunuh - Dunia | mStar

Pemberontak MILF, MNLF Bertempur, 2 Terbunuh

COTABATO: Pertempuran antara dua kumpulan pemberontak bersenjata menyebabkan dua orang terbunuh dan memaksa kira-kira 270 keluarga meninggalkan rumah masing-masing di wilayah bergolak di selatan Filipina.

Jurucakap tentera Filipina, Kolonel Prudencio Asto berkata, lapan rumah turut terbakar dalam pertempuran antara pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Katanya, pemberontak MILF menyerang anggota MNLF di kawasan pertanian di pekan Carmen dekat selatan pulau Mindanao.

"Masing-masing seorang anggota kumpulan MILF dan MNLF terbunuh dalam pertempuran tersebut," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain