suria

Mahkamah Israel Tolak Rayuan Hana Shalabi

RAMALLAH: Mahkamah tentera Israel semalam menolak rayuan tahanan wanita Palestin, Hana Shalabi yang melancarkan mogok lapar selama 39 hari sejak Februari lalu.

Peguam Hana, Jawad Bulus berkata, rayuan anak guamannya untuk dibebaskan lebih awal telah ditolak mahkamah tersebut dan kes itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi.

"Hana akan terus melancarkan mogok lapar sehingga tuntutannya dipenuhi," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Suu Kyi Semakin Pulih

Artikel Berikut

Artikel Lain