suria

Pembunuh Tujuh Individu Di Perancis Akhirnya Maut

Merah maut selepas cuba melarikan diri dengan terjun menerusi tingkap dari sebuah pangsapuri yang dikepung pihak polis dalam tempoh 32 jam lalu.
Merah maut selepas cuba melarikan diri dengan terjun menerusi tingkap dari sebuah pangsapuri yang dikepung pihak polis dalam tempoh 32 jam lalu.
Merah maut selepas cuba melarikan diri dengan terjun menerusi tingkap dari sebuah pangsapuri yang dikepung pihak polis dalam tempoh 32 jam lalu.

TOULOUSE, Perancis: Seorang anggota militan al-Qaeda yang menembak mati tujuh orang di Perancis meninggal dunia serta-merta pada Khamis selepas cuba melarikan diri daripada serangan polis dengan terjun dari tingkap sebuah pangsapuri di sini.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Gueant selepas polis menceroboh masuk ke dalam pangsapuri tersebut.

Kematian Mohamed Merah, 23, menamatkan pengepungan selama 32 jam oleh pihak polis yang berusaha menangkap suspek.

Merah begitu dikehendaki kerana terlibat dalam pembunuhan kejam tujuh individu termasuk tiga askar khas, tiga murid dan seorang guru di sebuah sekolah Yahudi di sini, 10 hari lalu.

Seorang lagi pelajar dan askar turut cedera dalam insiden tembak-menembak itu.

Polis berkata, sepanjang sesi perbincangan dengan suspek pada Rabu, Merah mengakui berbangga dengan tindakannya membunuh tujuh individu itu.

Ketujuh-tujuh mangsa merupakan antara siri pembunuhan pertama yang didalangi oleh radikal Islam di Perancis sejak lebih sedekad lalu.

Suspek merupakan keturunan Algeria yang mendapat latihan di kubu kuat al-Qaeda di Waziristan.

Sekumpulan polis mengepung kawasan pangsapuri tersebut untuk memberi tekanan kepada Merah supaya menyerah diri.

Beberapa bunyi letupan bom turut kedengaran pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan dalam insiden pengepungan itu.

"Pembunuh bersiri itu keluar dari bilik air dan melakukan tembakan rambang. Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan dalam pertempuran itu," kata Gueant.

Artikel Lain